
Data sehingga 6 Januari 2023.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 6 Januari 2023) turun sedikit kepada 543 kes, berbanding 571 yang dicatat pada Khamis, menurut data laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 384 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 84 (individu yang lengkap divaksinasi); tiga kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 72 kes (individu tidak divaksinasi).
Jangkitan semalam, turut melibatkan 34 kanak-kanak, turun sedikit berbanding 31 yang dicatatkan pada Rabu, selain lapan individu membabitkan kluster.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,029,337 dengan 4,981,052 pesakit telah sembuh, termasuk 688 yang pulih semalam.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,415 kes masih aktif, turun lagi berbanding 11,564 yang dilaporkan pada Khamis, manakala 10,828 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (10,945 pada Khamis). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital pula turun kepada 554 kes, berbanding 581 yang dicatat pada Khamis.
Seramai 33 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 38 yang dicatat pada Khamis, dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (18 pada Khamis).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 162 (1,545,881);
- Kuala Lumpur – 87 (466,788);
- Sabah – 14 (406,633);
- Johor – 25 (397,898);
- Sarawak – 44 (323,831);
- Kedah – 22 (318,226);
- Pulau Pinang – 34 (307,099);
- Kelantan – 10 (259,927);
- Perak – 30 (238,625);
- Negeri Sembilan – 19 (230,645);
- Pahang – 10 (182,455);
- Melaka – 46 (144,431);
- Terengganu – 11 (132,786);
- Putrajaya – 24 (32,221);
- Labuan – 2 (22,922); dan
- Perlis – 3 (18,969).
Bagaimanapun, KKM tidak memberi pecahan jumlah kes semalam yang melibatkan varian baharu Omicron BA.5.2 dan BF.7. Kedua-dua varian Covid-19 itu yang mendominasi 80 peratus daripada jangkitan di China, telah dikesan di Malaysia sehingga 31 Disember 2022 lalu.
Sementara itu, empat pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Dua daripada kematian itu direkodkan di Selangor, manakala masing-masing satu di Pahang (BID), dan Putrajaya.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 kekal kepada 36,870 mangsa, termasuk 7,857 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).