54 kematian, 65,505 kes aktif

Seramai 54 pesakit Covid-19 di seluruh negara dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menerusi kemas kini laman sesawang COVIDNOW, KKM berkata jumlah itu termasuk 12 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau dikategorikan sebagai ‘brought in death’ (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu hingga semalam meningkat kepada 29,256 kematian, termasuk 5,919 kategori BID.

Sarawak kekal mencatat kematian tertinggi sebanyak 18 kes, termasuk lima kategori BID, menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu sebanyak 1,433 kematian.

Sehingga semalam, Sarawak merekodkan 6,879 kes aktif dengan 3,992 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,941 ditempatkan di PKRC; 840 dimasukkan ke hospital; dan 106 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Negeri itu juga mencatatkan 499 kes baharu semalam menjadikan kumulatif kepada 243,840 kes positif dengan 235,802 pesakit disahkan sembuh.

Sementara itu, Sabah dan Selangor masing-masing merekodkan tujuh kematian; Pahang (lima); Terengganu (empat); dan masing-masing tiga kematian di Johor, Kedah dan Kelantan.

Perak pula merekodkan dua kematian; sementara Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing satu. Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam sebanyak 65,505 kes Covid-19 masih aktif.

Daripada jumlah itu, 51,103 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 8,389 ditempatkan di PKRC; 5,469 dimasukkan ke hospital; dan 544 pesakit dirawat di ICU, termasuk 280 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak awal tahun lalu hingga semalam sebanyak 2,496,533 kes positif dilaporkan, dengan 2,407,205 pesakit disahkan sembuh.

Sepintas lalu kes Covid-19 mengikut negeri-negeri sehingga 6 November 2021.

BERITA BERKAIT
POPULAR