54.5 peratus terima dos penggalak

Jumlah penerima dos penggalak vaksin Covid-19 terus meningkat kepada 12,769,610 atau 54.5 peratus daripada populasi negara, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini menunjukkan semalam sahaja seramai 149,361 individu dewasa telah menerima suntikan dos ketiga itu.

Sementara itu, seramai 22,933,328 atau 98.0 peratus individu dewasa lagi telah lengkap divaksinasi, manakala 23,208,714 atau 99.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan seramai 5,665,020 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin masing-masing sejak 8 September hingga semalam.

Daripada jumlah itu seramai 2,793,710 atau 88.8 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,871,310 atau 91.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi program imunisasi untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, setakat semalam seramai 62,809 daripadanya telah menerima suntikan dos pertama.

Keseluruhannya sebanyak 64,434,353 dos vaksin Covid-19 diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, 25,727,038 atau 78.8 peratus populasi negara, termasuk rakyat asing, telah lengkap divaksinasi, manakala 26,142,833 atau 80.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR