53 mangsa banjir di Melaka dipindah ke PPS

October 23, 2022 · Isu semasa

Seramai 53 mangsa banjir membabitkan 14 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaaan (SK) Durian Tunggal di Alor Gajah, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat.

Hujan lebat berterusan sejak jam 6.30 petang semalam menyebabkan kediaman penduduk di empat kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan Durian Tunggal terjejas.

Kejadian banjir itu berlaku tatkala menjelang Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang ditetapkan pada 19 November depan.

Pada 10 Oktober lalu, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen ke-14, tanpa mempedulikan rayuan pemimpin politik dan rakyat, yang bimbang PRU diadakan ketika musim hujan dan banjir.

Sementara itu memetik laporan HM, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kampung itu adalah Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.

“Setakat ini hanya satu PPS dibuka di SK Durian Tunggal pada 11 malam tadi bagi menempatkan mangsa terdiri daripada tiga warga emas, 36 dewasa, 12 kanak-kanak dan dua bayi,” katanya.

Selain itu, Kamarulsyah berkata, Kampung Pengkalan Rama Pantai dan Kampung Sungai Putat di kawasan Melaka Tengah, serta Batang Melaka dan Gapis di Jasin turut terjejas banjir kilat.

Bagaimanapun, katanya, tiada penduduk dipindahkan dan pihaknya melakukan pemantauan berterusan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok