53 kematian semalam, kes aktif di Lembah Klang terus melonjak

Jumlah kes aktif Covid-19 di Lembah Klang dalam tempoh 24 jam semalam (15 November 2021), meningkat lagi kepada 20,703 kes berbanding 20,436 yang dicatat pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kuala Lumpur merekodkan 3,959 kes aktif naik tujuh kes berbanding Ahad, manakala Putrajaya mencatat 690 kes aktif berbanding 676 pada Ahad.

Peningkatan ketara direkodkan di Selangor apabila mencatat 16,054 kes aktif, naik 246 kes daripada 15,808 pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 13,439 pesakit Covid-19 di Selangor menjalani kuarantin di rumah; 1,407 ditempatkan di PKRC; 1,119 dimasukkan ke hospital; dan 89 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, Selangor mencatat 731,410 kes positif, sementara 707,162 daripadanya telah sembuh. Negeri itu turut merekodkan 9,693 kematian termasuk 2,063 pesakit yang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan perubatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Keseluruhannya jumlah kes aktif di Malaysia sehingga semalam meningkat sebanyak 539 kes menjadi 65,956 dengan 51,619 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 8,035 ditempatkan di PKRC; 5,776 dimasukkan ke hospital; dan 526 pesakit dimasukkan ke ICU, termasuk 250 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak awal tahun lalu hingga semalam, negara merekodkan 2,545,854 kes positif dengan 2,455,767 pesakit disahkan sembuh.

Sementara itu, seramai 53 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan keseluruhannya 29,729 kes kematian dilaporkan akibat komplikasi Covid-19.

Jumlah itu termasuk 11 pesakit BID, menjadikan keseluruhannya 6,017 kes BID dilaporkan sejak awal tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah pesakit yang meninggal dunia semalam, Sarawak kembali merekodkan angka tertinggi sebanyak 12 kematian; diikuti Terengganu (sembilan); Sabah (lapan) masing-masing lima di Johor dan Selangor.

Kelantan pula merekodkan empat kematian diikuti masing-masing tiga di Kedah dan Pahang; Negeri Sembilan (dua); dan masing-masing satu di Perak dan Perlis.

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

BERITA BERKAIT
POPULAR