[KEMAS KINI] 53 jangkitan baharu di Langkawi, 645 kes aktif

September 18, 2021 · Isu semasa

Pulau peranginan Langkawi yang dibuka semula kepada pelancong 16 September lalu, hari ini merekodkan 53 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, jumlah itu menjadikan kes aktif di daerah pelancongan itu sehingga hari ini naik kepada 645 kes.

Mukim Kuah merekodkan 29 kes baharu; Air Hangat (5 kes); Ulu Melaka (7 kes); Padang Matsirat (3 kes); Bohor (3 kes); dan Kedawang (6 kes).

Hari ini, seramai 2,506 individu telah diluluskan untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi iaitu 2,325 pengunjung melalui udara dan 181 menggunakan feri.

Secara umum, Kedah hari ini merekodkan 1,073 jangkitan baharu, turun sedikit berbanding 1,173 kes yang dicatatkan semalam, menjadikan jumlah kes aktif di negeri itu sebanyak 18,717 kes.

Daerah Kuala Muda merekodkan kes tertiggi hari ini dengan 343 individu dijangkiti Covid-19, diikuti Kota Setar (277); Baling (133); Kulim (85); Kubang Pasu (82); Langkawi (52); Sik (48); Bandar Baharu (22); Pendang (20); Padang Terap (7); dan Yan (4).

Pulau peranginan Langkawi mula menerima kehadiran semula pelancong di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula kelmarin, setelah setahun lebih ditutup susulan penularan Covid-19 bermula awal tahun lalu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pula menyasarkan kira-kira 200,000 pelancong domestik akan mengunjungi Langkawi bermula kelmarin hingga Disember ini.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan hari ini sahaja seramai 2,507 individu disaring melalui Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 2,326 individu telah menjalani saringan di lapangan terbang, manakala 181 lagi individu disaring di Jeti Kuala Perlis.

“Bagi jenis ujian yang dijalankan pula, seramai 2,481 individu telah menjalani ujian Covid-19 iaitu 2,468 RTK-Ag dan 13 RT-PCR. Manakala 26 individu lagi adalah kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah yang dikecualikan menjalani ujian.

“Hasil daripada saringan ini, seorang individu positif Covid-19 telah dikenal pasti melalui ujian RTK-Ag di KLIA2. Kes positif ini didapati berada dalam kategori 1 dan telah diberikan perintah kuarantin di rumah (HSO) selama 10 hari.

Dr Noor Hisham sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekali pun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling.

“Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan Covid19,” katanya.

Berita berkaitan
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok