53.9 peratus terima dos penggalak

Sebanyak 64,264,073 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Malaysia sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari hingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Daripada jumlah itu, lebih 58.55 juta dos diberikan kepada populasi dewasa, termasuk 23,207,389 atau 99.2 peratus yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggu.

Sementara, 22,931,979 atau 98.0 peratus lagi populasi dewasa telah lengkap divaksinasi dan 12,616,238 atau 53.9 peratus lagi menerima suntikan dos penggalak.

Berdasarkan statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini, seramai lebih 5.66 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sejak 8 September tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 2,792,830 atau 88.7 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 2,870,546 lagi atau 91.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 50,062 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Lembah Klang dan lima negeri lain telah menerima sutikan dos pertama vaksin Covid-19.

Menurut rekod Covidnow, sehingga semalam belum ada kanak-kanak yang menerima vaksin Covid-19 di Johor, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu.

Secara keseluruhan, seramai 25,724,809 atau 78.8 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 26,127,997 atau 80.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR