52.3 peratus individu dewasa, 88.7% remaja lengkap divaksinasi

February 5, 2022 · Isu semasa

Seramai 12,248,506 atau 52.3 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak sejak program itu dilancarkan 13 Oktober tahun lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menurut statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini, semalam sahaja sebanyak 86,029 individu yang layak telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga itu.

Sementara itu, seramai 22,928,468 atau 97.9 peratus lagi individu dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin, manakala 23,207,237 atau 99.1 peratus yang lain menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja) pula sejak bermula 8 September tahun lalu hingga semalam seramai 5,659,370 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin masing-masing.

Daripada jumlah itu, 2,790,792 atau 88.7 peratus telah lengkap divaksinasi, sementara 2,868,578 atau 91.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam keseluruhannya 63,838,774 dos vaksin telah diberikan kepada seluruh populasi di negara ini, termasuk rakyat asing.

Seramai 25,719,260 atau 78.8 peratus daripada populasi itu telah lengkap divaksinasi, manakala 26,075,815 atau 79.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok