5,162 kes baharu Covid-19, turun dua hari berturut-turut

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi dua hari berturut-turut, setelah naik melepasi 6,500 kes pada 12 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 5,162 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 5,809 kes yang dicatat dalam tempoh sama semalam.

Menurutnya, jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal tahun lalu hingga tengah hari tadi meningkat kepada 2,546,309 kes.

Bagaimanapun, berdasarkan statistik dalam laman sesawang COVIDNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam seramai 2,446,197 pesakit disahkan sembuh.

Sehingga semalam, Selangor kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 729,005, manakala 705,129 daripadanya disahkan sembuh. Sebanyak 9,681 kematian turut direkodkan di negeri itu sehingga semalam.

Setakat semalam juga, Selangor merekodkan 15,689 kes aktif dengan 13,030 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,465 ditempatkan di PKRC; 1,109 dimasukkan ke hospital; dan 85 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 51 yang memerlukan alat bangtuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR