
Data sehingga 31 Disember 2022.
Menutup tahun 2022, sebanyak 513 jangkitan baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 31 Disember 2022), turut sedikit berbanding 583 kes yang direkodkan pada Jumaat, menurut data KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi.
Daripada jumlah itu seramai 27 kanak-kanak lagi dijangkiti, manakala 13 individu lain melibatkan kluster Covid-19.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,026,677 dengan 4,977,822 pesakit telah sembuh, termasuk 833 yang pulih semalam.
Data GitHub KKM menunjukkan dalam tempoh itu sebanyak 360 kes melibatkan individu yang telah menerima vaksin dos penggalak; diikuti 100 kes individu lengkap divaksinasi; tiada kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 53 kes (individu tidak divaksinasi).
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 12,002 kes masih aktif, turun lagi berbanding 12,322 yang dilaporkan pada Jumaat, manakala 11,349 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (11,653 pada Jumaat). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, seramai 620 pesakit menerima rawatan di hospital, turun berbanding 637 yang direkodkan pada Jumaat.
Seramai 33 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (32 pada Jumaat), dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (16 pada Jumaat).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 159 (1,545,074)
- Kuala Lumpur – 72 (466,413)
- Sabah – 12 (406,548)
- Johor – 16 (397,783)
- Sarawak – 49 (323,601)
- Kedah – 36 (318,065)
- Pulau Pinang – 46 (306,932)
- Kelantan – 16 (259,840)
- Perak – 18 (238,480)
- Negeri Sembilan – 17 (230,563)
- Pahang – 13 (182,377)
- Melaka – 31 (144,246)
- Terengganu – 8 (132,731)
- Putrajaya – 17 (32,147)
- Labuan – 2 (22,918)
- Perlis – 1 (18,959).
Sementara itu, seorang pesakit di Perak meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 meningkat kepada 36,852 mangsa, termasuk 7,852 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).