51 daripada laporan kesan dos penggalak diklasifikasi serius

January 22, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 51 kes (5.2 peratus) daripada 984 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) bagi dos penggalak vaksin COVID-19, bersamaan kadar 0.005 laporan bagi setiap 1,000 dos, diklasifikasikan sebagai serius setakat 20 Jan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata secara keseluruhannya, sistem pelaporan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 24,411 laporan AEFI melibatkan dos penggalak, menurut laporan Bernama.

“Pemantauan laporan AEFI yang diterima oleh NPRA setakat ini menyimpulkan bahawa trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan dos penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos primer.

“Trend pelaporan yang sama juga turut dilaporkan oleh negara lain yang telah menjalankan program imunisasi bagi dos penggalak vaksin COVID-19,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan merupakan antara kesan advers yang kerap dilaporkan oleh penerima vaksin.

Penerima vaksin yang mengalami kesan advers boleh membuat laporan AEFI menerusi notifikasi di aplikasi MySejahtera bagi kesan tersenarai di dalam aplikasi itu selain laporan secara dalam talian dengan mengisi Borang Pelaporan Kesan Sampingan Ubat Untuk Pengguna (ConSERF) di laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my).

Dr Noor Hisham juga berkata kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 4,116 berbanding 4,046 semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu ialah 2,829,089 setakat 12 tengah hari.

Sebanyak 39 (0.9 peratus) daripada jumlah kes baharu itu adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,077 kes (99.1 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada 4,116 kes itu, sebanyak 498 adalah kes import dan 3,618 pula adalah kes tempatan manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 141 kes dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 2,858 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 2,753,119 orang.

Katanya sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan dengan 225 kluster masih aktif.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok