5,058 kes baharu, kadar jangkitan di lima negeri lebih Rt1.00

December 10, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun sedikit berbanding 5,446 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 5,058 jangkitan baharu dikesan, menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,683,523 kes.

Sehingga semalam seramai 2,586,822 pesakit telah sembuh, manakala 30,787 pesakit lagi meninggal dunia.

Beliau juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan Kadar Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.97.

Lima negeri mencatat Rt melebihi 1.00 manakala negeri-negeri lain merekodkan Rt antara 0.71 dan 0.98.

Perlis mencatat Rt 1.04 diikuti masing-masing Rt 1.03 bagi Melaka dan Negeri Sembilan; Pulau Pinang (1.02); dan Pahang (1.00).

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Sehingga semalam, Selangor kekal merekod jumlah kes positif tertinggi sebanyak 766,003 kes berbanding 738,729 pesakit telah sembuh.

Dalam tempoh itu juga Selangor mencatat 17,429 kes aktif, termasuk 15,310 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,086 ditempatkan di PKRC; 957 dimasukkan ke hospital; dan 77 pesakit dirawat ke unit rawatan rapi (ICU).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
9 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok