(KEMAS KINI) 50 kematian, 6,320 kes baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan 50 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 2,199 kes kumulatif atau 0.44 peratus.

Katanya, kes kematian tertinggi dicatatkan adalah di negeri Selangor iaitu sebanyak 22 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu juga 6,320 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sebanyak 505,115 kes.

Beliau berkata, Selangor terus mencatat kes tertinggi dengan 1,647 kes diikuti Sarawak (749), Kuala Lumpur (654), Kelantan (613), Johor (477), Negeri Sembilan (396), Pulau Pinang (359), Kedah (301), Perak (276), Pahang (22), Sabah (189), Terengganu (185), Melaka (175), Labuan (36), Putrajaya (18), dan Perlis (18)

Daripada jumlah kes positif baharu itu, 6,317 adalah rakyat tempatan, manakala tiga adalah kes import.

Katanya, pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula mencecah 652 kes, dan daripada jumlah itu 370 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga berkata, KKM menggalakkan orang ramai memakai dua pelitup muka serentak serta face sheild jika pergi ke tempat-tempt berisiko, termasuk di hospital.

“Manakala di tempat awam, orang ramai tidak perlu memakai dua pelitup muka, tetapi wajib memakai satu pelitup muka yang memenuhi piawaian,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR