4,965 kes baharu, patuhi SOP kerana Omicron cepat menular

December 7, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik semula kepada sebanyak 4,965 kes berbanding 4,262 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah baharu itu menjadikan keseluruhan kumulatif kes positif sejak awal tahun lalu hingga hari ini sebanyak 2,667,999, dengan 2,572,053 pesakit telah sembuh.

Sementara itu, beliau terus mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan susulan penularan varian Omicron Covid-19.

“Kes Covid-19 sedang meningkat di Europa dan UK (United Kingdom). Tambahan pula varian baru Omicron sudah dikesan menular dengan cepat.

“Sebaik-baiknya kita semua patuh kepada SOP dan dapatkan vaksinisasi lengkap serta dos penggalak. Peperangan dengan Covid-19 belum tamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya orang ramai diminta untuk terus patuh kepada SOP sambil mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19 iaitu, amalkan 3W iaitu mengamalkan wash, wear dan warn.

“Orang ramai juga perlu mengelak 3C/3S iaitu jauhi kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat. Kita perlu kekal memerangi wabak Covid-19 dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara naik kepada 0.99, berbanding 0.98 yang dijangkakan kelmarin.

Menurutnya kadar kebolehjangkitan di Perlis kekal tinggi apabila diramal Rt 1.13, manakala Melaka, Kuala Lumpur, dan Perak pula sebanyak 1.00. Sarawak mencatat Rt terendah iaitu 0.74, sementara negeri-negeri lain antara 0.89 dan 0.99.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
PM arah segerakan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir
December 21, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok