49 kematian, 63,740 kes aktif

December 2, 2021 · Isu semasa

Seramai 49 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 30,474 kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, 12 pesakit meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital atau kes ’brought in death’ (BID), menjadikan keseluruhannya sejak awal tahun lalu hingga semalam 6,165 kes BID.

Dalam tempoh 24 jam semalam, Selangor merekodkan 12 kes kematian, termasuk dua kes BID, menjadikan kumulatif sebanyak 9,799 kes, dengan 2,086 adalah kes BID.

Sehingga semalam, kes aktif di Selangor meningkat semula kepada 18,006 kes berbanding 17,968 pada Selasa.

Daripada jumlah itu, 16,095 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 782 ditempatkan di PKRC; 1,046 dimasukkan ke hospital; dan 83 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Perak merekodkan lapan kes kematian diikuti, Sabah (tujuh); Kelantan (lima); masing-masing empat di Johor dan Sarawak; masing-masing dua di Kedah; dan masing-masing satu di Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, serta Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, sehingga semalam kes aktif di seluruh negara turun sebanyak 1,413 kes menjadi 63,740 kes.

Daripada jumlah itu, 52,066 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,156 pesakit ditempatkan di PKRC; 5,018 dimasukkan ke hospital; dan 500 dirawat di ICU, dengan 258 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keseluruhannya negara merekodkan 2,632,297 kumulatif positif, dengan 2,544,007 pesakit telah sembuh.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
17 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
17 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok