49.3 peratus kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

July 4, 2022 · Isu semasa

Seramai 3,699 lagi kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 semalam, (Ahad, 3 Julai 2022), menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Ini menjadikan jumlah mereka yang melengkapkan dua dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kepada 1,361,982 atau 38.4 peratus.

Sehingga semalam juga seramai 1,747,633 atau 49.3 peratus kanak-kanak lagi menerima dos pertama.

Sementara itu, lebih 62.25 juta dos vaksin telah diberikan kepada individu dewasa 18 tahun dan ke atas sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 23,300,069 atau 99.1 peratus menerima dos pertama manakala 23,023,295 atau 97.9 peratus lagi menerima dos kedua.

Seramai 16,146,621 atau 68.6 peratus daripada individu yang melengkapkan dos kedua, telah menerima suntikan dos penggalak.

Sejak September tahun lalu hingga semalam juga seramai 2,907,172 atau 93.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,994,927 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 71.26 juta dos vaksin telah diberikan sejak Februari tahun lalu hingga semalam, dengan 27,292,449 atau 83.6 peratus populasi Malaysia telah menerima dua dos, dan 28,042,629 atau 85.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok