4,896 kes baharu, 12 kematian

August 11, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 4,896 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, Rabu (10 Ogos 2022), berbanding 3,083 kes pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,719,394 kes, dengan 4,638,716 pesakit telah pulih, termasuk 2,979 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah itu, 3,401 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 1,035 kes (individu lengkap dua dos); 428 (individu tidak divaksinasi); dan 32 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif meningkat semula kepada 44,622 kes, berbanding 42,717 yang dicatat pada Selasa, dengan seramai 42,942 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (41,042 pada Selasa), dan 35 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.

Sementara itu, seramai 1,577 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,578 pada Selasa, manakala 68 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi meningkat berbanding 62 pada Isnin, dengan 37 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (35 pada Isnin).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

Selangor – 1,842 (1,441,112);
Kuala Lumpur – 1,046 (413,230);
Johor – 120 (389,849);
Sabah – 369 (384,363);
Sarawak – 89 (310,578);
Kedah – 144 (305,755);
Pulau Pinang – 169 (292,543);
Kelantan – 99 (250,342);
Perak – 374 (217,843);
Negeri Sembilan – 253 (215,601);
Pahang – 80 (174,703);
Melaka – 148 (130,611);
Terengganu – 37 (127,782);
Putrajaya – 83 (25,077);
Labuan – 27 (21,989); dan
Perlis – 16 (18,016).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai 12 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk enam kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,056 kes, termasuk 7,665 kes kematian di luar fasiliti kesihatan.

Dua daripada kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Johor, Kedah, Kuala Lumpur serta Pahang, dan masing-masing satu di Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
1 jam lalu· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
3 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
14 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok