(KEMAS KINI) KKM lapor 47 kematian tertinggi, 4,865 kes Covid-19 hari ini

Sebanyak 4,865 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, sehingga jam 12 tengah hari tadi, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laporan terbaharunya hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata berkata, dalam tempoh itu, Selangor terus mencatat jangkitan tertinggi dengan 1,743 kes, diikuti Sarawak (512), Kuala Lumpur (477) dan masing-masing 406 kes di Johor dan Kelantan.

Pada masa sama, katanya, 47 kematian dicatatkan hari ini membabitkan angka tertinggi pernah direkodkan setakat ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia kini 1,994.

Menurutnya, majoriti kematian adalah di Lembah Klang dengan 18 kes di Selangor, masing-masing lima di Sarawak dan Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing empat kes, Perak (tiga), Pahang (dua) dan masing-masing satu di Kedah dan Negeri Sembilan.

Kes kematian itu melibatkan 46 warganegara dan seorang bukan warganegara dalam lingkungan umur antara 41 hingga 94 tahun dengan majoriti individu menghidap penyakit kronik.

Noor Hisham berkata, 531 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 277 kes memerlukan bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR