486 Delta dikesan sejak 4 hari lalu

January 14, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 486 kes baharu Covid-19 melibatkan jangkitan varian Delta dikesan dalam tempoh 10 Januari sehingga 14 Januari 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak mengenal pasti 317 kes baharu yang semuanya adalah varian Delta.

Manakala, Fakulti Perubatan Universiti Malaya pula mengenal pasti 84 kes baharu yang juga dijangkiti varian Delta, katanya dalam kenyataan lewat petang ini,

Selain itu, katanya, Institut Farmakogenomik Integratif pula mengenal pasti 58 kes baharu juga varian Delta, sementara Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pula mengesan 27 kes baharu varian yang sama.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 5,726 kes varian Delta; 253 (Omicron); 233 (Beta); dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat (Kappa); dan tiga (Eta),” katanya.

Kes baharu positif Covid-19 varian VOC dan VOI tempatan serta import mulai 10 Januari 2022 hingga 14 Januari 2022.

Sementara itu, jumlah rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara dan positif Covid-19 terus meningkat apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 267 kes import dikesan.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes import itu sebanyak 196 melibatkan warga tempatan dan 71 lagi rakyat asing.

Berdasarkan statistik laman sesawang Covidnow kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah terkumpul kes import sejak awal 2020 lalu kini mencecah 12,670 kes.

Daripada keseluruhan kes hari ini, 3,079 kes yang turut melibatkan 138 rakyat asing adalah penularan tempatan.

Beliau juga memaklumkan 49 kes atau 1.5 peratus daripada keseluruhan 3,346 jangkitan baharu hari ini melibatkan pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala 3,297 kes atau 98.5 peratus, kategori 1 dan 2.

“Seramai 3,052 pesakit juga telah sembuh hari ini menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 2,729,943 atau 97.4 peratus daripada 2,802,263 kumulatif kes positif.

“Sehingga kini seramai 204 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 95 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan lewat petang ini.

Beliau turut menjelaskan sebanyak tiga lagi kluster baharu dikesan dalam tempoh itu, menjadikan keseluruhannya 6,195 kluster dengan 6,023 telah ditamatkan dan 172 lagi masih aktif.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sehingga jam 3 petang tadi satu kes baharu positif Covid-19 turut dikesan dalam kalangan mangsa banjir menjadikan keseluruhannya 471 kes.

Bagaimanapun kes positif atau kluster baharu dalam kalangan mangsa di pusat pemindahan banjir.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok