480 kes semalam terendah sejak 11 Oktober 2020, empat kematian

December 27, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 26 Disember 2022) turun ke paras terendah sejak lebih dua tahun lalu, apabila mencatat 480 kes, termasuk tujuh kes import.

Kali terakhir negara mencatat jumlan jangkitan harian terendah ialah pada 11 Oktober 2020 iaitu sebanyak 561 kes.

Wabak Covid-19 itu kemudian menjadi pandemik dan mula menular sehingga jumlah kes harian mencecah lima angka, menurut rekod laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut data KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,023,999 dengan 4,973,346 pesakit telah sembuh, termasuk 655 yang pulih semalam.

Dalam tempoh semalam juga sebanyak 350 kes melibatkan individu yang telah menerima vaksin dos penggalak; diikuti 72 kes individu lengkap divaksinasi; empat kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 54 kes (individu tidak divaksinasi).

Rekod KKM juga menunjukkan sebanyak 13,818 kes masih aktif, manakala 12,888 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.

Menurut KKM, seramai 885 pesakit menerima rawatan di hospital.

Seramai 45 pesakit kini dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 199 (1,544,244)
  • Kuala Lumpur – 44 (466,069)
  • Sabah – 11 (406,485)
  • Johor – 18 (397,691)
  • Sarawak – 31 (323,332)
  • Kedah – 26 (317,891)
  • Pulau Pinang – 49 (306,721)
  • Kelantan – 12 (259,750)
  • Perak – 26 (238,345)
  • Negeri Sembilan – 15 (230,496)
  • Pahang – 7 (182,292)
  • Melaka – 22 (144,054)
  • Terengganu – 4 (132,686)
  • Putrajaya – 11 (32,070)
  • Labuan – 2 (22,910)
  • Perlis – 3 (18,954).

Sementara itu, empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes yang melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 meningkat kepada 36,835 mangsa, termasuk 7,849 kes BID.

Daripada jumlah kematian semalam, dua kes direkodkan di Johor, manakala masing-masing satu di Kedah dan Pulau Pinang.

Berita berkaitan
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Kes saman Anwar, MB Kedah beritahu sudah fail pembelaan
January 12, 2023· Politik
Popular
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
5 jam lalu · Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
10 jam lalu · Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
10 jam lalu · Isu semasa
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
12 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok