48.9 peratus kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

June 17, 2022 · Isu semasa

Hampir tiga juta dos vaksin Pfizer Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun sehingga semalam (16 Jun).

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan 3 Februari lalu, seramai 1,261,104 aau 35.5 peratus kanak-kanak telah lengkap menerima dua dos, termasuk 8,489 daripadanya semalam.

Seramai 1,735,720 atau 48.9 peratus lagi kanak-kanak menerima suntikan dos pertama.

Selain itu, lebih 5.9 juta dos vaksin Covid-19 turut diberikan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun sejak September tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 2,911,939 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 3,003,628 atau 96.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, lebih 62.18 juta dos vaksin telah diberikan kepada individu dewasa sejak PICK diperkenalkan pada 24 Februari tahun lalu dalam usaha kerajaan mewujudkan kelompok imuniti dalam menangani pandemik Covid-19 yang mula melanda negara pada Januari 2020 lalu.

Daripada jumlah itu, 22,997,870 atau 97.7 peratus individu dewasa telah menerima dua dos, sementara 23,275,600 atau 98.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 16,124,630 atau 68.5 peratus individu dewasa telah mengambil suntikan dos penggalak.

Keseluruhannya sebanyak 71,095,737 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia dengan 83.2 peratus atau 27,170,913 telah lengkap divaksinasi, dan 85.8 peratus atau 28,014,948 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Sentul
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok