48.7 peratus populasi dewasa sudah lengkapkan suntikan vaksin

August 18, 2021 · Isu semasa

Lebih 500,000 suntikan dos vaksin Covid-19 berjaya diberikan semalam hasil titik peluh dan kerjasama semua pihak dalan usaha meningkatkan peratusan vaksinasi populasi dewasa Malaysia yang telah menerima dua dos yang kini mencecah 48.7 peratus.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 525,111 dos vaksin diberikan di seluruh negara semalam, membabitkan 184,972 dos pertama dan 340,139 dos kedua.

Lima negeri merekodkan jumlah pemberian dos tertinggi semalam membabitkan Selangor sebanyak 96,857 suntikan, diikuti Johor (72,566 dos); Kuala Lumpur (64,361 dos); Sabah (58,944 dos); dan Pulau Pinang (31,218 dos).

Secara keseluruhan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada Februari lalu, lebih 28.8 juta dos suntikan telah diberikan sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, lebih 17.43 juta suntikan atau 53.4 peratus daripada jumlah populasi negara membabitkan dos pertama dan 11.4 peratus atau 34.9 peratus lagi dos kedua.

Peratusan populasi dewasa yang telah menerima vaksin Covid-19 sejak Februari 2021 hingga 17 Ogos 2021.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
48 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
4 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok