4,759 kes baru semalam, 9 kematian

July 27, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 4,759 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 26 Julai), meningkat berbanding 3,300 kes yang direkodkan pada Isnin.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,659,710 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 4,577,518 pesakit telah sembuh, termasuk 4,806 yang pulih semalam, menurut laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini tengah malam tadi.

Sementara itu, daripada jumlah kes baharu berkenaan, 3,480 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 885 kes (penerima dos kedua); 360 kes (individu tidak divaksinasi); dan 34 kes (individu belum lengkap vaksinasi).

Menurut KKM, kes aktif Covid-19 sehingga kini turun daripada 46,316 kes pada Isnin kepada 46,260 semalam. Ini termasuk 44,708 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah (44,732 pada Isnin); dan 23 pesakit ditempatkan di PKRC (21 pada Isnin).

Selain itu, seramai 1,477 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,512 pesakit pada Isnin, dan 52 lagi pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (51 pada Isnin), dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 1,447 (1,420,906);
  • Kuala Lumpur – 1,840 (398,909);
  • Johor – 74 (388,244);
  • Sabah – 209 (380,264);
  • Sarawak – 95 (309,308);
  • Kedah – 130 (303,792);
  • Pulau Pinang – 211 (289,612);
  • Kelantan – 73 (249,348);
  • Perak – 223 (213,635);
  • Negeri Sembilan – 170 (212,525);
  • Pahang – 47 (173,729);
  • Melaka – 103 (128,653);
  • Terengganu – 37 (127,248);
  • Putrajaya – 59 (23,897);
  • Labuan – 27 (21,792); dan
  • Perlis – 14 (17,848).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan sembilan lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 35,932 kes, termasuk 7,631 kes BID.

Dua daripada kes kematian itu direkodkan di Perak, manakala masing-masing satu kes di Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok