4,621 kes baharu, Selangor tertinggi

November 6, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 5 November 2022) meningkat semula mencecah 4,621 kes, berbanding 4,360 yang direkodkan pada Jumaat

Data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 4,619 kes melibatkan jangkitan tempatan dan dua kes import.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,923,538 kes, dengan 4,850,474 pesakit telah sembuh, termasuk 3,577 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 3,355 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 952 kes (penerima dua dos); 299 kes (individu tidak divaksinasi); dan 15 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Keseluruhannya, Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 2,018 kes menjadikan kumulatif positif kepada 1,506,919. Kali terakhir negeri itu mencatat kes tertinggi ialah pada 6 Ogos 2022 iaitu sebanyak 2,164 kes.

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 36,582 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 35,539 kes yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 34,907 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (33,874 pesakit pada Jumaat); dan 1,605 dirawat di hospital, naik lagi berbanding 1,592 pada Jumaat.

Seramai 70 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (73 pada Jumaat), dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (53 Jumaat).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 2,018 (1,506,919)
  • Kuala Lumpur – 806 (456,243)
  • Sabah – 272 (400,015)
  • Johor – 64 (395,612)
  • Sarawak – 95 (317,835)
  • Kedah – 96 (312,291)
  • Pulau Pinang – 228 (301,235)
  • Kelantan – 65 (255,693)
  • Perak – 207 (234,030)
  • Negeri Sembilan – 355 (226,488)
  • Pahang – 86 (179,026)
  • Melaka – 196 (137,806)
  • Terengganu – 41 (130,494)
  • Putrajaya – 83 (28,855)
  • Labuan – 2 (22,367)
  • Perlis – 7 (18,629)

Sementara itu, seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di Selangor, semalam menjadikan kumulatif kematian yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 sebanyak 36,482 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,763 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Kenaikan harga beras turut dirasai negara lain: Mat Sabu
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok