46.7 peratus kanak-kanak terima dos pertama, 30.6 peratus dos kedua

May 20, 2022 · Isu semasa

Lebih 2.74 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan 3 Februari lalu hingga semalam (19 Mei 2022).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 1,657,180 atau 46.7 peratus kanak-kanak telah menerima suntikan dos pertama, sementara 1,085,977 atau 30.6 peratus lagi menerima dos kedua.

Semalam sahaja sebanyak 8,281 dos vaksin telah diberikan dengan 4,534 adalah dos kedua dan 3,747 lagi dos pertama.

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) memutuskan 31 Mei depan sebagai tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin Covid-19 di bawah PICKids.

Bagaimanapun, keputusan menetapkan tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera iaitu pada 8 Mei lalu dikekalkan dan tempahan janji temu tidak akan lagi diterima selepas tarikh tersebut.

Selepas tarikh ini, vaksin kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di negara ini, manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta.

Keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia lima tahun pada 15 Mei.

Langkah menamatkan PICKids dibuat berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa serta penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun.

Sementara itu, 96.5 peratus atau 3,004,613 remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima dos pertama, dan 93.4 peratus atau 2,907,463 remaja lagi menerima dos kedua. Belum ada data menunjukkan remaja menerima dos penggalak.

Bagi populasi dewasa berusia 18 tahun dan ke atas pula, sejak PICK dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam seramai 23,248,104 individu atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 22,972,212 atau 97.6 peratus lagi menerima dos kedua.

Sebanyak 68.3 peratus atau 16,075,262 individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Secara keseluruhannya sebanyak 70,737,211 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, dalam usaha kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19.

Rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan Malaysia antara negara yang paling pantas melaksanakan program pemberian vaksin sejak wabak Covid-19 menular di seluruh dunia pada akhir 2019 lalu.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 19 Mei 2022. – Sumber CovidNOW KKM

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok