45 kematian, 68,755 kes aktif

November 27, 2021 · Isu semasa

Jumlah kumulatif kematian sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu hingga semalam, meningkat kepada 30,240 kes, termasuk 6,116 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID).

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan seramai 45 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk 10 daripadanya adalah kes BID.

Daripada jumlah itu Perak dan Sabah merekodkan lapan kes kematian.

Perak kini merekodkan 1,235 kematian, termasuk 162 kes BID. Sehingga semalam negeri itu mencatat 122,035 kumulatif kes positif, dengan 118,502 pesakit telah sembuh.

Negeri itu juga mencatat 2,397 kes aktif, termasuk 1,817 pesakit yang dikuarantin di rumah; 90 ditempatkan di PKRC; 445 dimasukkan ke hospital; dan 45 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara, Sabah pula kini mencatat 2,672 kematian, termasuk 1,031 kes BID. Sehingga semalam negeri itu merekodkan 231,512 kumulatif kes positif, dengan 220,944 pesakit telah sembuh.

Sabah juga merekodkan 8,028 kes aktif, termasuk 6,456 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 907 ditempatkan di PKRC; 593 dimasukkan ke hospital; dan 72 pesakit dirawat di ICU, dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Johor mencatat lima kematian; dan masing-masing empat di Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Sarawak dan Terengganu pula masing-masing mencatat tiga kes kematian; diikuti masing-masing satu di Negeri Sembilan, dan Perlis.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatat kes aktif iaitu sebanyak 18,558 kes, turun berbanding 18,750 pada Khamis.

Daripada jumlah itu, 16,180 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,265 ditempatkan di PKRC; 1,032 dimasukkan ke hospital; dan 81 dirawat di ICU, dengan 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam, kes aktif turun daripada 68,755 kes pada Khamis kepada 67,547 kes semalam.

Daripada jumlah itu, 54,020 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 7,474 ditempatkan di PKRC; 5,534 pesakit dimasukkan ke hospital; dan 519 dirawat di ICU, dengan 267 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam negara merekodkan 2,608,651 kumulatif kes positif, dengan 2,516,693 pesakit telah sembuh.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok