
lapan pesakit Covid-19 dilaporkan semalam, 4 Ogos 2022, termasuk empat kes kematian di luar fasiliti kesihatan.
Jangkitan harian baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 4 Ogos 2022), turun kepada 4,413 kes daripada 5,330 kes yang direkodkan pada Rabu.
Pada masa sama Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk empat kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Data laman sesawang GitHUB KKM menunjukkan daripada jumlah kes baharu berkenaan, 3,168 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 819 kes (penerima dos kedua); 398 kes (individu tidak divaksinasi); dan 28 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,697,213 kes, dengan 4,613,676 pesakit telah sembuh, termasuk 3,394 yang pulih semalam.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan kes aktif Covid-19 sehingga kini meningkat kepada 47,534 kes berbanding 46,523 kes pada Rabu, termasuk 45,928 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (44,885 sehingga Rabu), dan 23 lagi ditempatkan di PKRC (29 pada Rabu).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun kepada 1,531 berbanding 1,560 pesakit pada Rabu, manakala 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, meningkat berbanding 49 yang direkodkan pada Rabu, dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (34 pada Rabu).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:
- Selangor – 1,129 (1,433,800);
- Kuala Lumpur- 1,344 (408,378);
- Johor – 95 (389,150);
- Sabah – 281 (382,617);
- Sarawak – 107 (310,060);
- Kedah – 123 (305,012);
- Pulau Pinang – 230 (291,521);
- Kelantan – 93 (249,921);
- Perak – 327 (216,170);
- Negeri Sembilan – 263 (214,402);
- Pahang – 89 (174,296);
- Melaka – 159 (129,820);
- Terengganu – 48 (127,533);
- Putrajaya – 90 (24,655);
- Labuan – 14 (21,925); dan
- Perlis – 21 (17,953).
Dua daripada kes kematian itu pula masing-masing direkodkan di Johor dan Kedah, manakala masing-masing satu di Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah.
Jumlah kematian baharu itu menjadikan seramai 36,003 pesakit meninggal dunia sejak Mac 2020 hingga semalam, dengan 7,651 daripadanya adalah kes BID.
Sementara itu satu kluster baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor membabitkan tempat kerja iaitu Kluster Industri Jalan Sungai 2 di Hulu Langat yang melibatkan 10 kes.