44 kematian, 8 kes BID semalam

April 1, 2022 · Isu semasa

Seramai 44 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam (31 Mac 2022), meningkat berbanding 33 kes pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu termasuk lapan kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum mayat mangsa dibawa ke hospital atau kes ’brought in death’ (BID).

Namun tiada maklumat sama ada lapan kes BID itu turut membabitkan kalangan 201,420 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah setelah dijangkiti Covid-19 pada tahap rendah atau tidak memerlukan rawatan intensif.

Menurut laman sesawang CovidNOW, kumulatif kematian di seluruh negara sejak Mac 2020 lalu meningkat kepada 34,983 kes, termasuk 7,381 kes BID.

Semalam, Perak sekali lagi mencatat jumlah kematian tertinggi berbanding negeri-negeri lain dengan 12 kes, menjadikan kumulatif 1,833, termasuk 277 kes BID.

Negeri itu kini merekodkan 189,456 kumulatif positif dan 8,935 kes masih aktif, dengan 8,555 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah, dan 14 ditempatkan untuk rawatan dan pemerhatian di PKRC.

Seramai 350 pesakit dimasukkan ke hospital, dan 16 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 1,868,036 atau 74.5 peratus populasi Perak telah lengkap divaksinasi, 1,982,868 atau 79.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,138,308 atau 60.6 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain, Selangor merekodkan 11 kematian, diikuti Johor (enam); Sarawak (lima); Pulau Pinang (tiga); masing-masing dua di Kelantan, Sabah serta Terengganu, dan satu kes di Negeri Sembilan.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Sementara itu, 18,560 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan kumulatif keseluruhan kini mencecah 4,201,919 kes, dengan 3,960,082 pesakit telah sembuh, dan 206,854 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 201,420 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 646 ditempatkan di PKRC; 4,521 dimasukkan ke hospital; dan 267 pesakit dirawat di ICU, dengan 164 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 31 Mac 2022.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok