4,360 kes baharu, satu kematian

November 5, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 4 November 2022) turun sedikit kepada 4,360 kes berbanding 4,711 yang direkodkan pada Khamis

Data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 4,356 kes melibatkan jangkitan tempatan dan empat kes import.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,918,917 kes, dengan 4,846,897 pesakit telah sembuh, termasuk 3,429 yang pulih semalam.

Selangor kekal mencatat kes tertinggi dengan 1,797 kes menjadikan kumulatif positif sebanyak 1,504,901 kes.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 3,137 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 915 kes (penerima dua dos); 292 kes (individu tidak divaksinasi); dan 16 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 35,539 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 34,609 kes yang dilaporkan sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 33,874 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (32,956 pesakit pada Khamis); dan 1,592 dirawat di hospital, naik lagi berbanding 1,586 pada Khamis.

Seramai 73 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (67 pada Khamis), dengan 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (47 Khamis).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,797 (1,504,901)
  • Kuala Lumpur – 616 (455,437)
  • Sabah – 254 (399,743)
  • Johor – 53 (395,548)
  • Sarawak – 79 (317,740)
  • Kedah – 123 (312,195)
  • Pulau Pinang – 252 (301,007)
  • Kelantan – 92 (255,628)
  • Perak – 417 (233,823)
  • Negeri Sembilan – 274 (226,133)
  • Pahang – 83 (178,940)
  • Melaka – 172 (137,610)
  • Terengganu – 30 (130,453)
  • Putrajaya – 108 (28,772)
  • Labuan – 5 (22,365)
  • Perlis – 5 (18,622)

Sementara itu, seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di Johor, semalam menjadikan kumulatif kematian yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,481 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,763 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
14 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
48 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok