434,828 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi semalam rekod tertinggi

July 15, 2021 · Isu semasa

Negara terus merekodkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Semalam sahaja sejumlah 434,828 dos suntikan vaksin diberikan kepada penerima dos pertama dan kedua, rekod tertinggi mengatasi 424,541 dos yang diberikan pada Selasa.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin membabitkan dos pertama dan kedua sebanyak 12,647,558 dos, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam laman Twitternya hari ini.

Beliau berkata jumlah penerima dos pertama adalah seramai 8,644,292 individu, manakala 4,003,266 lagi melengkapkan imunisasi masing-masing setelah menerima dos kedua.

“Negeri dan wilayah di Lembah Klang terus merekodkan jumlah tertinggi pemberian vaksin semalam iaitu sebanyak 187,592 dos suntikan,” katanya.

Lima negeri merekodkan pemberian vaksin tertinggi semalam membabitkan Selangor sebanyak 114,146 dos, diikuti Sarawak (74,136); Kuala Lumpur (70,609), Negeri Sembilan (23,742), dan Johor (21,487).

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
20 jam lalu· Dunia
Kes Covid-19 di Jepun pecah rekod, sebanyak 209,694 jangkitan baharu
July 28, 2022· Dunia
Dos penggalak kedua boleh diambil bagi individu sihat berusia 50-60 tahun
July 19, 2022· Isu semasa
Vaksin buatan Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia
July 19, 2022· Dunia
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham
11 minit lalu · Isu semasa
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
18 minit lalu · Isu semasa
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
56 minit lalu · Isu semasa
3,083 kes semalam, 12 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok