43 kes kematian semalam, 13 BID

February 22, 2022 · Isu semasa

Seramai 43 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam – tertinggi sepanjang tahun ini – yang melibatkan 12 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Jumlah itu termasuk 13 pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum sempat diberikan rawatan di hospital atau kes ’brought in death’ (BID).

Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada 13 kes BID itu adalah dalam kalangan 245,875 pesakit Covid-19 yang diarah menjalani kuarantin di rumah.

Keseluruhannya sejak awal 2020 lalu hingga semalam seramai 32,390 kes kematian dilaporkan, termasuk 6,586 kes BID.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Perak, Perlis, Labuan dan Putrajaya, kata Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi.

Bagaimanapun, dua negeri – Johor dan Selangor – masing-masing merekodkan 10 kes kematian semalam, diikuti tujuh kes di Kedah; Sabah (lima); masing-masing dua di Kelantan, Pahang serta Pulau Pinang, dan masing-masing satu di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Sehingga semalam, Selangor merekodkan 10,128 kes kematian, manakala kumulatif positif kini mencecah 901,859 kes, dengan 827,001 pesakit telah sembuh, dan 64,730 kes masih aktif, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 63,042 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 398 ditempatkan di PKRC; 1,256 dimasukkan ke hospital; dan 34 dirawat di unit rawatan rapi dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lima negeri kekal merekodkan kes kematian melebihi 2,000 dengan Selangor mencatat 10,128 kes, diikuti Johor (3,996 kes); Sabah (2,909); Kuala Lumpur (2,707); dan Kedah (2,226 kes).

Sehingga semalam, negara mencatat 3,246,779 kumulatif kes positif – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Indonesia dan Filipina.

Dalam tempoh itu juga 2,955,404 pesakit telah sembuh, dan 258,985 kes masih aktif, dengan 245,875 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,055 ditempatkan di PKRC; 7,783 dimasukkan ke hospital; dan 272 pesakit dirawat di ICU, termasuk 164 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 21 Februari 2022.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok