422 daripada pesakit baharu Covid-19 hari ini dalam kategori 3 hingga 5

August 31, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 282 pesakit, termasuk 44 bukan warganegara Malaysia, meninggal dunia di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi akibat kompilasi Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan kumulatif kes sejak awal tahun lalu kepada 16,664 kematian.

Pada masa sama katanya, 18,465 lagi pesakit disahkan sembuh menjadikan keseluruhannya 1,461,727 kes sembuh daripada 1,746,254 kes positif.

“Sebanyak 267,863 kes lagi masih aktif. Seramai 1,005 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 464 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 98 kes meninggal sebelum dibawa ke hospital (BID) juga dilaporkan. Ini termasuk 35 bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan 20,897 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh itu, termasuk 2,570 membabitkan individu bukan warganegara Malaysia.

“Daripada 20,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 422 kes atau 2.0 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 20,475 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 15,371 kes atau 73.6 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 30 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02.

Katanya, negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.22), diikuti oleh Sarawak (nilai1.19), dan Sabah (nilai RT 1.12).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan,” katanya.

Jumlah keseluruhan kluster juga meningkat kepada 4,731 setelah 22 lagi kluster baharu dikesan. Sehingga kini, 3,256 kluster telah ditamatkan manakala 1,475 lagi masih aktif.

Beliau berkata 11 daripada kluster itu membabitkan tempat kerja dengan 287 kes, komuniti (lapan kluster, 197 kes), kumpulan berisiko tinggi (dua kluster, 45 kes) yang dilaporkan di Selangor dan Kedah, dan satu kluster pusat tahanan yang melibatkan 185 kes di Sepang

Empat kluster tempat kerja dikesan di Johor, masing-masing dua di Kelantan, Pahang dan Selangor, dan satu di Sabah.

Kelantan juga merekodkan empat kluster komuniti, manakala masing-masing satu di Pahang, Sabah, Terengganu dan Johor.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
October 6, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
12 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
12 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
13 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
14 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
14 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok