42 kes baharu di Langkawi, semua jangkitan warga tempatan

September 21, 2021 · Isu semasa

Pulau peranginan Langkawi hari ini mencatatkan 42 jangkitan baharu tempatan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Dua belas daripada jangkitan itu dikesan di Mukim Padang Matsirat, masing-masing 10 kes di Ulu Melaka dan Kuah; Kedawang (tujuh); Air Hangat (dua) dan Bohor (satu).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif di Pulau Legenda Mahsuri itu kepada 569 kes, turun berbanding 581 kes yang direkodkan semalam.

Sehingga semalam, kumulatif keseluruhan jangkitan positif yang dicatat sejak penularan Covid-19 awal tahun lalu di Langkawi mencecah 4,741 kes berbanding 4,297 pesakit sembuh.

Sektor pelancongan Pulau Langkawi dibuka semula menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September lalu, dan bakal menjadi penanda aras bagi membolehkan lebih banyak pusat peranginan dibuka di seluruh negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata setakat ini, tiada kes Covid-19 direkodkan dalam kalangan lebih 9.500 pelancong yang melawat langkawi sejak dibuka semula Khamis lalu.

Kementerian itu juga menyasarkan kira-kira 200,000 pelancong domestik berkunjung ke Langkawi dari 16 September hingga Disember 2021 selepas industri pelancongan pulau itu dibuka semula.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham
18 minit lalu · Isu semasa
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
24 minit lalu · Isu semasa
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
1 jam lalu · Isu semasa
3,083 kes semalam, 12 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok