42 kematian akibat Covid-19 semalam, 77,305 kes masih aktif

October 24, 2021 · Isu semasa

Seramai 42 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam (23 Oktober 2021), turun hampir separuh berbanding 78 kes kematian yang direkodkan pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW memaklumkan jumlah kematian itu termasuk 10 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak pesakit pertama, seorang paderi dari Sabah, meninggal dunia pada 17 Mac 2020 lalu meningkat kepada 28,354 kes, termasuk 5,728 BID.

Sarawak kekal mencatat jumlah kematian tertinggi membabitkan 17 pesakit, diikuti masing-masing lima di Kelantan dan Selangor; Sabah (empat); Perak (tiga); masing-masing dua di Johor dan Negeri Sembilan; dan masing-masing satu di Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Tiada kematian direkodkan di Kedah, Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sembilan negeri kekal merekodkan jumlah kematian empat angka sejak awal tahun lalu hingga semalam, dengan tertinggi ialah Selangor membabitkan 9,564 kes; Johor (3,583); Kuala Lumpur (2,539); Sabah (2,454); Kedah (1,952); Pulau Pinang (1,561); Negeri Sembilan (1,223); Sarawak (1,198); dan Perak (1,061).

KKM juga memaklumkan jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di Malaysia sehingga semalam turun kepada 77,305 kes berbanding 80,697 yang dicatat pada Jumaat lalu.

Daripada jumlah itu, 77.2 peratus atau 59,687 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 10,807 di PKRC, hospital (6,191 pesakit); dan 620 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 297 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam hanya dua negeri sahaja yang merekodkan jumlah kes aktif melepasi lima angka iaitu Selangor sebanyak 14,533 kes, dan Sarawak (10,092 kes).

Sementara itu mengikut statistik KKM, 70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif melibatkan individu berusia 18 hingga 59 tahun, 13.9 peratus (0 hingga 11 tahun); 8.4 peratus (60 tahun ke atas); dan 7.1 peratus (12 hingga 17 tahun).

Individu yang tidak divaksin menjadi kumpulan tertinggi dijangkiti Covid-19 iaitu 66.6 peratus daripada keseluruhan kes positif, manakala 17.4 peratus melibatkan individu lengkap divaksinasi dan 16.0 peratus lagi belum lengkap divaksin.

Sementara itu, lelaki menjadi kumpulan jantina yang mencatat jumlah tertinggi positif Covid-19 membabitkan 57.3 peratus, manakala selebihnya adalah wanita.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok