415,000 vaksin sumbangan kerajaan UK diguna sebagai dos pertama

August 3, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan menggunakan sumbangan 415,000 dos vaksin AstraZeneca dari kerajaan United Kingdom sebagai dos pertama kepada orang ramai, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata sumbangan yang sampai ke ibu negara hari ini akan diedarkan dengan kadar segera ke seluruh negara.

“Ini adalah dos pertama dan kita bakal menerima satu lagi penghantaran vaksin … kerajaan Malaysia akan mendapat lebih 500,000 dos AstraZeneca pada akhir Ogos dan akan digunakan sebagai dos kedua.

“Kita masih menunggu tarikh penghantaran dan saya diberitahu wakil AZ, kita dijangka menerimanya pada akhir Ogos,” katanya lapor sebuah portal.

Khairy berkata demikian ketika ditemudi di Program Program Ketibaan Vaksin Covid-19 sumbangan United Kingdom di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Khairy menzahirkan penghargaan kerajaan Malaysia atas sumbangan vaksin daripada kerajaan United Kingdom yang dapat membantu melancarkan perjalanan PICK.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan UK atas sumbangan ini dan ini sekali gus dapat mempercepatkan kapasiti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Ogos dan September ini.

“Ketika ini, Malaysia merupakan negara berjaya memberikan vaksin dengan kapasiti yang tinggi melebihi negara lain,” ujarnya lagi.

Beliau juga yakin sumbangan tersebut akan dapat meningkatkan jumlah pemberian vaksin dan melindungi lebih banyak nyawa.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan UK dalam membantu rakan kita Malaysia. Kami percaya sumbangan ini dapat mempertingkatkan pemberian vaksin dan dapat melindungi lebih banyak nyawa.

“Hubungan UK dan Malaysia bagaikan aur dengan tebing. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga sumbangan vaksin dari Britain dapat membantu meningkatkan lagi kadar vaksinasi di Malaysia, supaya lebih ramai dapat dilindungi dari ancaman Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Pesawat Emirates Airlines EK 346 yang membawa 415,000 dos vaksin itu tiba kira-kira jam 2.20 petang di KLIA.

Ketibaan pesawat itu turut disambut Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama-sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Charles Hay.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok