[DIKEMAS KINI] 4,113 kes baharu hari ini, 34 kematian

Data 14 Mei 2021

Malaysia mencatat 4,113 kes baharu Covid-19 dengan 34 kematian tertinggi setakat ini – kedua tertinggi – dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu hanya satu jangkitan adalah kes import, manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan.

Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata, Selangor terus mencatat angka yang tinggi dengan 1,269 kes dilaporkan, diikuti Sarawak (533 kes), Kelantan (371 kes), dan Johor (335 kes).

Beliau berkata, secara keseluruhan 4,190 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kes sembuh ialah 418,897, berbanding jumlah kumulatif kes sebanyak 462,190.

Jumlah kematian yang dicatatkan ialah 34 kes iaitu kedua tertinggi dicatat selepas 39 kematian pada 12 Mei lalu.

Noor Hisham berkata, pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi pula adalah seramai 482, dan daripada jumlah itu 250 memerlukan bantuan alat pernafasan.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021