
Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 25 Julai 2022. - Sumber Covidnow KKM
Lebih 71.96 juta dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari tahun lalu hingga semalam (Isnin, 25 Julai 2022), lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Data laman sesawang CovidNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 28,065,185 atau 85.9 peratus suntikan melibatkan dos pertama, diikuti 27,423,960 atau 84.0 peratus dos kedua.
Sebanyak 16,176,976 atau 49.5 peratus lagi adalah dos penggalak pertama dan 294,542 atau 0.9 peratus melibatkan dos penggalak kedua.
KKM juga melaporkan sehingga semalam seramai 1,766,973 atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia antara lima dan di bawah 12 tahun telah menerima dos pertama, 1,481,392 atau 41.7 peratus (dos kedua), dan 978 lagi dos penggalak.
Bagi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun pula, seramai 2,964,263 atau 95.3 peratus daripadanya menerima dos pertama, 2,886,099 atau 92.8 peratus menerima dos kedua, 45,507 atau 1.5 peratus (dos penggalak), dan 223 lagi menerima dos penggalak kedua.
Sementara itu, 23,333,949 atau 99.2 peratus golongan dewasa berusia 18 hingga di bawah 60 tahun pula menerima dos pertama; 23,056,469 atau 98.0 peratus (doa kedua); 16,130,491 atau 68.6 peratus (dos penggalak); dan 294,319 atau 1.3 peratus (dos penggalak kedua).
Seramai 3,421,265 atau 93.8 peratus individu berusia 60 tahun dan ke atas pula menerima dos pertama; 3,400,050 atau 93.2 peratus (dos kedua); 2,581,652 atau 70.7 peratus (dos penggalak); dan 139,082 atau 3.8 peratus (dos penggalak kedua).