4,071 kes semalam, 7 kematian

August 19, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 18 Ogos 2022) meningkat semula melebihi jumlah kes yang dicatat pada Rabu, kata Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Laman sesawang CovidNOW KKM melaporkan dalam tempoh itu sebanyak 4,071 kes baharu direkodkan, berbanding 3,516 yang dicatat pada Rabu.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,749,000 kes, dengan 4,670,400 pesakit telah pulih, termasuk 3,289 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,885 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 787 kes (individu lengkap dua dos); 374 kes (individu tidak divaksinasi); dan 25 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif naik lagi kepada 42,476, berbanding 41,701 kes kes yang dicatat pada Rabu, dengan seramai 40,826 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (40,034 pada Rabu), dan 27 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (41 pada Rabu).

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun kepada 1,542 orang meningkat berbanding 1,534 pada Rabu, manakala 81 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 92 yang dicatat pada Rabu, dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (49 pada Rabu).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 1,456 (1,450,633);
  • Kuala Lumpur – 728 (419,485);
  • Johor – 117 (390,784);
  • Sabah – 281 (386,788);
  • Sarawak – 182 (311,549);
  • Kedah – 91 (306,565);
  • Pulau Pinang – 143 (293,611);
  • Kelantan – 77 (250,985);
  • Perak – 275 (219,989);
  • Negeri Sembilan – 320 217,422);
  • Pahang – 100 (175,305);
  • Melaka – 152 (131,782);
  • Terengganu – 59 (128,183);
  • Putrajaya – 74 (25,750);
  • Labuan – 10 (22,073); dan
  • Perlis – 6 (18,096).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan seramai tujuh lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,124 kes, termasuk 7,677 kes BID.

Tujuh kematian itu di laporkan di Selangor dengan tiga kes, dan masing-masing satu di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Sementara itu, satu lagi kluster baharu Covid-19 kategori pendidikan direkodkan di daerah Sepang, Hulu Langat dan Putrajaya iaitu Kluster Pekan Dengkil, melibatkan lapan kes.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
17 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
18 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok