4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM

January 10, 2023 · Isu semasa

Seramai 4,069 pengembara dari China tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia sejak republik itu membuka sempadan negara, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu setakat ini masih belum ada dikalangan pengembara tersebut dikesan positif Covid-19 hasil daripada ujian air kumbahan yang dijalankan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli, berkata mereka akan terus memantau perkara itu termasuk melakukan persampelan air kumbahan bagi pesawat yang tiba dari China.

“Saringan dan pemantauan akan sentiasa ditingkatkan bagi mengesan kehadiran varian baharu Covid-19,” katanya pada sesi taklimat khas media hari ini.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara supaya melengkapkan vaksinasi selain mengambil dos penggalak 1 dan 2.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata, prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua PMA dikekalkan setakat ini.

Beliau berkata, SOP itu turut terpakai bagi pelancong dari China dan sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandaskan data terkini Covid-19.

Malah, pelancong yang dikenal pasti demam akan dibawa ke sudut khas untuk diperiksa doktor bertugas.

Berita berkaitan
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
Bursa ditutup rendah hari kedua berturut-turut
July 18, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
July 17, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan lagi minggu depan
July 8, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
5 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok