406 titik panas seluruh negara dikenal pasti

May 4, 2023 · Isu semasa

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit, setakat ini.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata antara kawasan itu ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor, menurut laporan Bernama.

Justeru, Ahmad Irzam berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perhutan dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan berkala sama ada melalui rondaan serta tinjauan udara menggunakan helikopter atau dron bagi memastikan keadaan terkawal.

“Setakat ini, status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap, Kedah dan Jempol, Negeri Sembilan.

“Penduduk di kawasan berkenaan telah diingatkan untuk berjaga-jaga kerana suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius telah berlaku tiga hari berturut-turut,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat agensi itu di Putrajaya baru-baru ini.

Sementara itu, Ahmad Irzam berkata sebanyak 4,106 kes pembakaran terbuka dicatatkan setakat Mac lepas.

“Kami jangkakan jumlah ini akan meningkat berbanding tahun lepas dengan 9,596 kes berikutan cuaca panas yang diramal hingga Ogos ini.

“Selain itu, kebakaran tanah gambut juga dikategorikan sebagai pembakaran terbuka kerana melibatkan pembakaran berskala besar yang mungkin tercetus kerana keadaan cuaca semasa,” katanya.

Menurut Ahmad Irzam, pihaknya telah bersedia sama ada dari segi kelengkapan logistik kebakaran dan keanggotaan bagi mengendalikan kes pembakaran terbuka yang dijangka meningkat tahun ini ekoran cuaca panas.

Dalam pada itu, beliau berkata JBPM akan menggunakan peralatan pemadaman kebakaran hutan MARK III hasil inovasi pegawai JBPM yang berfungsi seperti alat pemercik tanaman untuk mengelakkan kebakaran tanah gambut daripada merebak yang boleh mengakibatkan jerebu melampau.

Berita berkaitan
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Cegah risiko buruk cuaca panas
May 9, 2023· Isu semasa
Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Padang Terap, Jempol
May 1, 2023· Isu semasa
Guna elektrik secara berhemah ketika cuaca panas, berjerebu: TNB
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
40 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok