
Data sehingga 8 Januari 2023.
Jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 8 Januari 2023) turun semula kepada 405 kes, berbanding 571 yang dicatat pada Sabtu, menurut data laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 269 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 73 (individu yang lengkap divaksinasi); lima kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 58 kes (individu tidak divaksinasi).
Jangkitan semalam, turut melibatkan 29 kanak-kanak, turun berbanding 37 yang dicatatkan pada Sabtu.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,030,313 dengan 4,982,044 pesakit telah sembuh, termasuk 441 yang pulih semalam.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,394 kes masih aktif, turun semula berbanding 11,431 yang dilaporkan pada Sabtu, manakala 10,763 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (10,812 pada Sabtu). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital pula meningkat kepada 599 kes, berbanding 585 yang dicatat pada Sabtu.
Seramai 32 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, naik berbanding 34 yang dicatat pada Sabtu, dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (15 pada Sabtu).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 128 (1,546,225);
- Kuala Lumpur – 50 (466,941);
- Sabah – 14 (406,662);
- Johor – 20 (397,935);
- Sarawak – 32 (323,903);
- Kedah – 20 (318,277);
- Pulau Pinang – 32 (307,162);
- Kelantan – 5 (259,936);
- Perak – 19 (238,659);
- Negeri Sembilan – 21 (230,692);
- Pahang – 16 (182,492);
- Melaka – 25 (144,488);
- Terengganu – 9 (132,804);
- Putrajaya – 9 (32,238);
- Labuan – 2 (22,926); dan
- Perlis – 3 (18,973).
Sementara itu, seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam di Selangor. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID), dilaporkan.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 bertambah menjadi 36,875 mangsa, termasuk 7,857 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).