400,668 remaja bawah 18 tahun dijangkiti Covid-19, 68 meninggal: Khairy

September 20, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) bimbang dengan jumlah peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan remaja berusia di bawah 18 tahun, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau memaklumkan terdapat peningkatan daripada 12,620 jangkitan Covid-19 tahun lalu kepada 400,668 kes sehingga 16 September 2021.

“Daripada jumlah itu, 252,569 kes melibatkan murid sekolah dan 42,831 kes kanak-kanak pra-sekolah.

“Sebanyak 62 kematian dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan pada 2021, berbanding enam kematian pada 2020,” katanya pada pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK Remaja) di SMK Persint 8 (1), Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, katanya KKM menyasarkan 60 peratus remaja lingkungan 12 dan 18 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin November ini, dan 80 peratus dijangka melengkapkan dos kedua menjelang Januari tahun depan.

Beliau berkata, 85,076 remaja di Sarawak, Sabah dan Labuan sudah diberikan dos pertama vaksin Pfizer/BioNTech di bawah PICK Remaja, sehingga 16 September lalu.

Khairy berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai kesan sampingan setelah remaja berkenaan diberi suntikan pertama vaksin Covid-19.

“Suka saya maklumkan, sehingga 16 September, seramai 85,076 remaja diberi dos tersebut, setakat ini tak ada kesan sampingan serius. PICK Remaja penting sebagai persediaan pembukaan sekolah.

“Ini komitmen kita seperti yang diminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). We want to open up schools in orderly manner,” katanya.

Menurutnya, KKM akan memberi liputan imunisasi kepada remaja yang akan menduduki peperiksaaan, dengan menyediakan persekitaran yang selamat serta memastikan mereka mendapat perlindungan.

Setakat ini, katanya, KKM menyasarkan 3.2 juta rakyat Malaysia dalam lingkungan usia 12 hingga 17 tahun untuk terbabit dalam PICK Remaja.

Bagaimanapun, katanya, bagi negeri-negeri yang mempunyai kekangan dari segi bekalan vaksin, keutamaan akan diberikan kepada remaja yang perlu menghadapi peperiksaan awam, iaitu yang berumur 16 dan 17 tahun.

Hadir sama, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin,; Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok