400 kes aktif di Langkawi

September 26, 2021 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di Langkawi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun kepada 35 kes, berbanding 42 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Angka itu menjadikan keseluruhan kumulatif di Langkawi sejak awal penularan Covid-19 kepada 4,984 kes positif, sembuh (4,517 kes), dan kematian (67 kes).

Bagaimanapun, semua jangkitan baharu di pulau peranginan yang dibuka semula kepada pelancong mulai 16 September lalu, hanya membabitkan penduduk tempatan.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, hari ini, 17 daripada kes baharu itu dikesan menerusi saringan bergejala, 17 saringan kontak rapat dan 1 pra-pembedahan.

Sehingga hari ini sebanyak 400 kes masih aktif dengan Mukim Kuah merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 147 kes aktif. Kuah merupakan pusat pentadbiran daerah Langkawi.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNKedah) memaklumkan sehingga 25 September 2021, sebanyak 5,112 premis di pulau itu diperiksa, dengan 145 kompaun dikeluarkan dan satu diarah ditutup.

Pemeriksaan itu dilakukan menerusi operasi bersepadu pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sektor pelancongan Langkawi dibuka semula pada 16 September lalu menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik yang menjadi penanda aras bagi membolehkan lebih banyak pusat peranginan dibuka di seluruh negara.

Sejak gelembung pelancongan domestik dilancarkan sehingga kini, tiada kes jangkitan Covid-19 membabitkan pelancong yang dikesan di pulau peranginan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dakwaan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia dijual bukan milik JPN
May 18, 2022
2,500 guru enggan divaksin diberi tugas lain di sekolah
September 4, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
ADUN Belantek, Mohd Isa meninggal dunia
June 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok