40 rumah terjejas banjir kilat di Johor Bahru susulan hujan lebat

November 7, 2022 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 40 rumah dinaiki air akibat banjir kilat di Johor Bahru di sini, petang tadi (7 November 2022), tatkala kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah bermula.

Bagaimanapun, sehingga malam ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Katanya kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat lebih dua jam sejak 5.30 petang, sebagaimana ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), selain masalah sistem perparitan.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran, ribut petir akan dialami oleh kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataannya, memaklumkan pagi ini hujan dialami di satu dua tempat di Pulai Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Johor.

“Dua lokasi penempatan penduduk yang dinaiki air ialah Jalan Keris Dua di Taman Sri Tebrau melibatkan 40 buah rumah, manakala tiga rumah di Kampung Kurnia, Larkin,” katanya.

Banjir kilat sedalam lebih setengah meter turut berlaku di beberapa jalan di pusat bandar, menurut tinjauan Awani.

Pemantauan berterusan masih dibuat agensi penguatkuasaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beberapa kawasan di Johor Bahru mula dinaiki air susulan hujan lebat secara berterusan sejak jam 4.30 petang Isnin.

Antara kawasan yang mula dilanda banjir kilat ialah di Sanctuary Garden, Tebrau dan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru mengakibatkan beberapa kenderaan turut ditenggelami air.

Beberapa kenderaan peribadi milik penduduk di kawasan terlibat tidak sempat diselamatkan, sementara premis perniagaan turut terjejas akibat dinaiki air.

Antara kawasan turut terjejas ialah Kampung Melayu Majidee, yang dilaporkan kerap dilanda banjir kilat turut mengalami nasib yang sama.

Sementara itu sehingga jam 11 malam ini, paras air Sungai Skudai di stesen penyukat di Parit keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru menunjukkan paras air melepasi tahap amaran apabila mencatat bacaan 0.79 meter (m) berbanding -0.30m paras normal.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
3,537 kes baharu, lapan kematian
November 24, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok