40 peratus pesakit Long Covid kembali bekerja dalam tiga bulan

May 10, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 30 hingga 40 peratus pesakit Covid berpanjangan (Long Covid) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Khairy menerusi kenyataan hari ini berkata sebanyak 60 hingga 70 peratus pesakit pula dapat kembali bekerja dalam tempoh enam bulan selepas dijangkiti.

Menurutnya, lebih 4.4 juta individu telah berjaya sembuh daripada jangkitan Covid-19 sejak ia melanda negara lebih dua tahun lepas, namun ia mungkin permulaan kepada perjuangan yang panjang ke arah pemulihan sepenuhnya bagi segelintir individu, lapor Bernama.

Beliau berkata keadaan itu boleh berlaku tanpa mengira tahap jangkitan Covid-19 iaitu kadar prevalen di dalam negara bagi individu yang mengalami gejala Long Covid setelah sembuh daripada jangkitan kategori 4 dan 5 adalah 65.1 peratus, termasuk 61.2 peratus daripadanya mengalami lebih daripada dua gejala.

Khairy berkata Kementerian Kesihatan telah memberi rawatan perubatan rehabilitasi Long Covid kepada 2,798 pesakit menerusi rawatan pesakit dalam dan 6,432 pesakit melalui rawatan pesakit luar di fasilitinya di seluruh negara sehingga April tahun ini.

“KKM akan terus menambah lebih banyak sumber dan peralatan untuk merawat serta memulihkan kes-kes Long Covid sebagai sebahagian daripada strategi untuk melindungi dan merawat mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus Covid-19,” katanya.

Antara gejala Long Covid yang kerap dialami dan boleh menyebabkan impak ke atas kefungsian serta aktiviti harian individu terkesan adalah kelesuan, kesukaran bernafas, batuk, kesakitan sendi dan otot, kesukaran tidur nyenyak, kelemahan anggota, masalah deria, kegelisahan, kekabutan otak (brain fog) dan lesi kulit.

Tanpa rawatan yang khusus dan berstruktur, keadaan tersebut boleh berterusan sehingga menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalami gejala Long Covid, katanya.

Ia juga boleh menyebabkan kesan seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti dan hilang punca pendapatan, yang akhirnya akan menyebabkan bebanan sosioekonomi bukan sahaja kepada individu tersebut malah keluarga, masyarakat serta ekonomi negara, katanya.

Beliau berkata individu yang mengalami gejala Long Covid serius sehingga menjejaskan kefungsian yang ketara serta menjejaskan keupayaan untuk kembali bekerja, boleh dirujuk kepada hospital yang mempunyai kepakaran perubatan rehabilitasi.

Khairy berkata perubatan rehabilitasi adalah kepakaran perubatan yang memberikan fokus kepada peningkatan kefungsian individu melalui diagnosis, rawatan kesihatan, mengurangkan kehilangan upaya serta pencegahan komplikasi.

“Intervensi program rehabilitasi bermatlamatkan kefungsian optimum fizikal, kognitif, sosial, psikologikal, vokasional dan avokasional, seiring dengan keperluan tersendiri individu yang terkesan,” katanya.

Berita berkaitan
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023· Politik
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
12 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok