40 kematian semalam, 97.1 peratus individu dewasa lengkap divaksinasi

December 6, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara semalam meningkat lagi kepada 40 kes berbanding 36 pada Sabtu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Ini menjadikan kumulatif kematian yang dicatatkan sejak awal tahun lalu hingga semalam kepada 30,614, sementara jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 2,652,773 kes, dengan 2,566,159 pesakit sembuh.

Daripada jumlah kematian semalam, 10 kes membabitkan pesakit yang meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital atau brought in death (BID), menjadikan kumulatif kes BID sebanyak 6,199 kes.

Kes kematian tertinggi semalam direkodkan di Johor sebanyak lapan kes, menjadikan kumulatif di negeri itu sebanyak 3,790. Sehingga semalam, negeri itu mencatat 233,788 kes positif dengan 224,306 pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam juga, Johor merekodkan 6,244 kes aktif, termasuk 5,248 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah; 480 ditempatkan di PKRC; 476 dimasukkan ke hospital; dan 40 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Secara umumnya dari segi vaksinasi, lebih 6.28 juta dos vaksin telah diberikan di seluruh Johor, dengan 204,404 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Daripada keseluruhan dos itu, sebanyak 80.0 peratus atau 3,023,091 populasi Johor telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, manakala 81.1 peratus atau 3,063,643 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Bagi kes kematian di negeri-negeri lain, Perak merekodkan enam kes; diikuti Kedah (lima); masing-masing empat di Sabah, Selangor dan Terengganu; Sarawak (tiga); Pahang (dua) dan masing-masing satu di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

Tiada kes kematian dicatat di Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, jumlah kes aktif di seluruh negara turun sebanyak 671 kes menjadi 61,999 kes, dengan 51,260 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,899 ditempatkan di PKRC; 4,369 dimasukkan ke hospital; dan 471 pesakit dirawat di ICU dengan 264 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 5 Disember 2021.

Sementara itu, sebanyak 54,091,375 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, dengan lebih 25.44 juta atau 77.9 peratus individu telah lengkap divaksin, manakala 79.2 peratus atau lebih 25.87 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau lebih 22.72 juta individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala lebih 23.04 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Mula dilancarkan pada 8 September lalu sehingga semalam, lebih 5.55 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Daripada jumlah itu, 86.5 peratus atau 2,721,784 telah lengkap divaksinasi, dan 2,830,449 atau 90.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 2,958,239 individu yang layak pula telah menerima suntikan dos penggalak masing-masing.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok