40 kematian, 17 kes BID

February 28, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam turun sedikit kepada 40 kes, berbanding 43 kes pada Sabtu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data laman sesawang CovidNOW kendalian KKM menunjukkan 17 daripada kematian semalam melibatkan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan perubatan di hospital atau kes BID.

Bagaimanapun tiada maklumat diberikan sama ada 17 kes BID itu adalah antara 300,692 pesakit yang diarah menjalani kuarantin di rumah.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara awal 2020 lalu hingga semalam, jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 32,674, termasuk 6,690 kes BID, menurut KKM.

Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Sementara, Kedah mencatat kematian tertinggi sebanyak lapan kes, diikuti masing-masing lima di Johor serta Pulau Pinang; dan masing-masing empat di Perak serta Sabah.

Kelantan serta Pahang masing-masing mencatat tiga kes kematian; masing-masing dua kes di Melaka, Selangor serta Kuala Lumpur; dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, serta Terengganu.

Jumlah kes kematian di Kedah kini meningkat kepada 2,259 kes termasuk 351 kes BID. Sehingga semalam negeri itu mencatat kumulatif positif sebanyak 229,413 kes, dengan 198,369 pesakit telah sembuh dan 28,785 kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 28,102 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 211 ditempatkan di PKRC; 433 dimasukkan ke hospital; dan 39 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, 1,375,372 atau 88.5 peratus daripada populasi dewasa di Kedah telah lengkap divaksinasi, 1,388,654 atau 89.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 668,886 atau 43.0 peratus lagi menerima dos penggalak.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 27 Februari 2022.

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Malaysia negara pelbagai kaum, tidak perlu dibahas : Muhyiddin
July 15, 2023· Politik
Malaysia dalam tempoh getir kerana dipimpin kakistokrasi : Muhyiddin
July 15, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
3 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
5 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
2 jam lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok