40 buah rumah di Gua Musang terjejas akibat banjir kilat

November 7, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 40 buah rumah terjejas susulan kejadian banjir kilat yang melanda Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di Gua Musang susulan hujan lebat sejak semalam.

Menurut maklumat diterima, hujan turun kira-kira jam 7 malam dan paras air Sungai Ceweh mula meningkat sekitar 12.30 malam tadi.

Mangsa, Siti Aisyah Ibrahim, 25 berkata mereka tidak sempat menyelamatkan barangan kerana air naik secara mengejut.

“Saya dan keluarga tidak tidur semalaman kerana air mencecah paras lutut.

“Sebaik sahaja air surut, kami terus bergotong royong membersihkan lumpur yang masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di RKT Jeram Tekoh, hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, Mohd. Ghazali Bedol, 62 berkata setiap tahun RKT Jeram Tekoh dilanda banjir kilat selepas kejadian banjir besar tahun 2014.

Katanya, keadaan itu dipercayai berpunca dari Sungai Ceweh yang cetek dan tidak lagi dapat menampung kapasiti air hujan yang banyak.

“Kami berharap pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengorek dan mendalamkan Sungai Ceweh.

“Jika keadaan itu dilakukan dapat membantu penduduk yang sering berdepan kerugian akibat kerosakan harta benda itu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kedah, Perlis
October 16, 2022· Isu semasa
Rayuan mangsa banjir di Ipoh, minta bantuan baiki rumah
October 10, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
4 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok