40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina

June 9, 2023 · Isu semasa

40 utas beg tangan berkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai ratusan juta ringgit akan dilelong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institut), Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Azalina, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita beg tangan dan wang tunai berkait skandal tersebut.

“Setakat ini, harta yang disita berjaya dilucuthak kepada kerajaan adalah wang tunai serta wang dan faedah dalam akaun bank kesemuanya berjumlah lebih kurang RM66.96 juta oleh PDRM dan RM16.06 juta oleh SPRM.

“40 buah beg tangan pelbagai berjenama yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit,” katanya bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Tambah Azalina, “sebanyak 40 buah beg tangan yang telah dilucuthak masih dalam proses untuk dilelong,” katanya.

Lim meminta perdana menteri menyatakan berapa jumlah aset dan senaraikan jenis aset hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang telah berjaya kerajaan lucutkan hak.

“Apakah akan terjadi kepada aset-aset itu?,” tanya Lim yang juga ahli Parlimen DAP.

Dalam pada itu, Azalina memberitahu wang yang disita berkait skandal itu telah dimasukkan dalam dua akaun kerajaan.

“Wang berjumlah lebih kurang RM66.96 juta yang disita oleh PDRM tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun amanah khas Kementerian Kewangan manakala wang berjumlah lebih kurang RM16.06 juta yang disita oleh SPRM dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan,” katanya.

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan permohonan pelucuthakan harta di bawah seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 terhadap harta-harta hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
3 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok