
Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 17 Julai 2022. - Sumber Covidnow KKM
Sebanyak 71,820,081 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam (17 Julai 2022).
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 28,057,624 atau 85.9 peratus membabitkan dos pertama; 27,380,707 atau 83.8 peratus (dos kedua); 16,164,047 atau 49.5 peratus (dos penggalak pertama); dan 217,703 atau 0.7 peratus (dos penggalak kedua).
Bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, seramai 3,413,933 atau 93.6 peratus dos pertama telah diberikan; diikuti 3,393,220 atau 93.0 peratus dos kedua; 2,576,878 atau 70.6 peratus dos penggalak pertama; dan 108,282 atau 3.0 peratus dos penggalak kedua.
Sementara itu, seramai 23,041.985 atau 97.9 peratus individu dewasa berusia 18 hingga di bawah 60 tahun telah menerima dua dos suntikan, manakala 23,319,739 atau 99.1 peratus lagi menerima dos pertama.
Pada masa sama juga, seramai 16,118,214 atau 68.5 peratus daripada mereka telah menerima suntikan dos penggalak pertama, dan 217,508 atau 0.9 peratus lagi menerima dos penggalak kedua.
Bagi kategori remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,917,022 atau 95.5 peratus menerima dos pertama; 2,891,582 atau 92.9 peratus (doa kedua); 44,891 atau 1.4 peratus menerima dos penggalak pertama; dan 195 lagi menerima dos penggalak kedua.
Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun pula, seramai 1,766,863 atau 49.8 peratus menerima dos pertama dan 1,447,140 atau 40.8 peratus melengkapkan rejim vaksin Covid-19, manakala 942 menerima dos penggalak.